Quantcast
Channel: ! dearxila !
Viewing all 118 articles
Browse latest View live

Boringnya Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

$
0
0
Assalammualaikum,

Satu Malaysia sedia maklum dengan drama baru Tv3 setiap 7 petang kan. Diganti dengan drama [Setia Hujung Nyawa] yang ada awek cuns. Fenomena tuu.. Rasanya rangking hits sangat sebab Nelydia Senrose kot. Kot lah...




Dah beberapa hari follow drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi tapi rasanya macam boring semacam je. Mungkin sebab heroin dia plastik kot. Ayaq mata plastik je setiap kali dok teriak. Lagi pulak jalan cerita macam melayu tipikal. Rebut harta. Ke mungkin mood kami je yang masih dalam kesedihan. [rujuk entry nih].

Permulaan jalan cerita setiap drama memainkan peranan penting. Dah klimaks nanti kot Rindu Bertamu di Abu Dhabi nih syiok gilerr or giler syokkk(heh). Macam drama Cinta Itu Milikku yang ada ending psiko..




Ps :: Tak sabar, tak sabar tunggu Filem Pilot Cafeyang mesti macam hampeh ><



Awas Bahaya Pengambilan Vitamin C !

$
0
0
 Assalammualaikum,

Tadi berfacebook terjumpa satu artikel akibat pengambilan vitamin c. Sekarang kan ramai orang dok ambil vitamin c untuk kekal awets muda remaja dan cuns selalu. Boleh je ambil vitamin c tapi haruslah tahu cara pengambilannya yang betul. Baca kisah yang dicopy dengan berjemaah di Facebook :


Kejahilan meracun diri sendiri

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.




Tak tahu kesahihan kematian cerita di atas. Pernah gak baca yang udang dan vitamin c tidak boleh diambil bersama. Bahaya sebab asid asekronikalmakkau pada udang (kot) dengan vitamin c boleh buat korang kebabbomm meletops aka bahaya lah!! Boleh membawa maut. Take a note guys.

Lelaki Bunga Sebelah Pintu

$
0
0
Assalammualaikum,

Lelaki bunga sebelah pintu? Rasa macam pondan je tajuk. Kalau di google translate memanglah begitu. Ahh google translate bukan genius mana pon. Huhuh.

Sekarang tengah mood melayan Korean Drama 'Flower Boy Next Door' drama sambung-sambung tak renti gelak sakit perut, pastu jari terasa nak ber-nex-next episode je sampai nak tahu ending cerita bagaimana. Fuhh. Cerita nih best sebab sengal dia macam nak gigit-gigit jari.


Kompilasi watak dalam drama nilah yang menghidupkan cerita kot. Suka dengan watakgame developer yang baru berumur 17 tahun, seorang budak lelaki cantik yang sengal dan suka terkinja-kinja. Rasa macam nak lempang je dia nih. Suka gak watak2nd hero yang sorok identiti dan admire si heroin selama 3tahun. Untuk watakantagonis, perempuan yang fake baik dan ayu padahal perangai hampeh..

Watakheroin macam sedih sangat lah rupa dia. Ada gak wataklelaki Jepun yang tinggal di Korea sebab nak belajar masak. Suka karakter dia. Dan ermm haha ada watakboss 2nd hero yang gila kerja, psyco, dan andartu! Tengok drama nih macam terubatlah sedih yang masih lara.. 

Kalau korang nak tengok jugak pi kat [sini]. Kalau error link [sini] pulak. Korean punya brand takpe kasi pirate. Shhh.. Oh lupa, second hero serius muka macam Hizami - owner blog [Budak lelaki sebelah pintu].. Kebetulan sama-sama sebelah pintu tuh..




Ps ::Maaf lupa letak linknya hahah. Ok dah letak tapi awas, internet kelajuan kuda je kot dapat tengok dengan senang lenang. ><"

Ps :: Maaf gak tak letak nama pelakon sebenar. Malas nak Google dan kenal lebih lanjut...><"

Iklan Produk Kesihatan Zaman Sekarang

$
0
0
Assalammualaikum,



Iklan produk kesihatan zaman sekarang semakin meletops you all. Macam-macam ayat maneh (manis) yang dipancing oleh syarikat pengedar. Bila baca kat paper/pamplet ke, bunting-bunting liar kat supermarket ke, rasa macam malu nak baca! Ayat terlampau! Siap tempek sekali muka pakcik/makcik tua yang sengeh semacam. Yekkk. Kesian kat cucu enkorang..

Inikah yang dikatakan strategi marketing yang berkesan?




Ps :: Plan ke Kelantang sah ditunda ke minggu depan ><"

Pentingnya Diari dan Biografi

$
0
0
Assalammualaikum,


Apakah kriteria seseorang untuk diiktiraf sampai ke peringkat biografi? Biografi merupakan kisah tentang keseluruhan kehidupan seseorang. Kebiasaanya tokoh atau pemimpin yang banyak berjasa. Yang asyik bebel kat blog duduk diam-diam.

Ok la fine-fine. Terasa nak taip setiap sejarah yang berlaku dalam hidup saya. Dari lahir (kalau ingat) sampailah sekarang. Bukan apa ini bukti sayang diri sendiri hehe. Mana tahukan suatu hari nanti jadi nyanyuk atau hilang ingatan ke bolehlah recall dan baca balik. Hukaloh.



Sebab tuh saya dah prepare sebuah diari/buku (tangan ke dada) dan tulis semua benda penting (telefon no, password dan id blog fb/twitter/blog) dan semua tarikh atau peristiwa penting. Buku nih hanya hahahahubbyhahaha je yang boleh baca. Mulanya ada buku nih bila ex boss suruh wajib jugak buka 1 diary. Tapi bila boss takdek, mula la ngelat kat ofis layan sketch.

Kalau tercicir nasiblah kau xila! Habis segala rahsia sulit kerajaan idaman yang kau bina bocor ditangan perisik Amarika, heh. Dan ada juga lah part untuk sketch secara huru hara.


Oke itewww kasi usha siket jewww ;p

Dan korang bolehlah tatap dan menghayati kisah peribadi hambo molek deh kalau suatu hari hambo kelik menghadap Ilahi. Alamak seram. Dont worry mati itu pasti. Insyaallah akan start melalui esok setiap jam 12.01am keatas. Atleast adalah modal nak taip entry kalau takdak idea nohh. Jangan lah baca ya kalau ada post tengah malam. Jeng jeng jeng. Stay tuned chuolsss on xila'channel. xoxo. Kbai.

Ps :: Hello monday...*krik krik krik

Sehangat-hangat Asmara Tahi Ayam

$
0
0
Assalammualaikum,



Jika sebelum nih dalam [previous entry] ada membebel pasal diary lah, biografi lah, pong pang pong pang lah tapi tak buat pon. Maaflah kawan, tak sempat aih. Macam masa cemburu sangat dengat ai. (kipas-kipas-kipas).

Jadi terwujudlah semangat sehangat-hangat asmara tahi ayam, akhirnya jatuh dibantal empuk juga. Terasa malas, penat, bosan, tak sempat nak update entry dan blogwalking dalam keadaan terkejar-kejar. Jadi la ni terasa nak autopublish entry. Podahhh. Kita cuba! Cayok-cayok. La-la-la-la terliuk-liuk dengar lagu akak Yuna nih...





Lyric :
LIVE YOUR LIFE
Find your light
Don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more
Live if you really want to

All my life I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been stargazing
The sky is right above me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus)

All my life my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to
(Chorus) x2
Credit : Yuna Music




Ps :: Yeahh blogwalking 120km/j. Tapi malam kang 450km/j. Hahah

Cukup Syarat Dah Nak Cashout Nuffnang...

$
0
0
Assalammualaikum,

Jumlah terkumpul Nuffnang dah boleh cash out sangat. Dah boleh beli cikedis selama setahun. Eh ye ke. Itupun kopok durian yang 20sen tuh. Alhamdulillah jugak apa... Rezeki Allah tu...

Tapi bila dok pikiaq perabih baik, rasa macam nak tunggu raya. Barulah semangat nak raya. Duit dari Nuffnang kita kasi beli heels rayabanyak-banyak lepas tu tak pakai, duit Churp-Churpkasi kat budak-budak. Boleh? Duhh rasa macam tak sabar nak raya!! Oh sila ganti puasa dulu akak-akak, makcik-makcik sekalian...


 BE/CPUV dari Nuffnang lagi... Kamsahamida... Mwahhhx. ;p




Ps :: Bila tiba hari raya....(suara ala-ala Black Dog Bone)

Makanan Malaysia Yang Meriangkan Perut Anda

$
0
0
Assalammualaikum,

 Nasi + kuah tomyam banjir... Boleh?


Saja nak highlight askem kaler pink tuhhh.... Dah tak juai...


 Maggie Curry + Cili padi extra pedas gila nak mampus!! grrr (padan muka)


Den kalo dapat nasi, sambal, ngan kicap dah selera habis.


 Crepe manis giler nak mampus.... First ttrial yang hampeh..


Mee kari mak.


 Aiskrim makan petang-petang like a boss


Chip cekelat filling mint. Sedap gilerrr biskut nih wehhh!!


Omurice Korea / Omellete Rice (Nasi goreng pattaya sudah...)


Idea makanan such a good entry untuk blogger yang diluar kawasan. Marilah tatapi makanan bertemakan Malaysia. Lah sangat kann... Karang letak banyak-banyak gambar makanan hang pulak pc korang. Jangan lupa baca bismillah sebelum makan aa...

Ps :: Craving loabster boleh? Wah mewah sangat! ;p


4 Cara Share Blog / Entry Baru dengan Google plus (Google+)

$
0
0
Assalammualaikum,

Penting ke ada akaun Google Plus (Google+)? Boleh [refer sini] untuk maklumat lanjut. Rasanya, kebanyakan blogger tak ramai yang share blog atau entry baru di Google+ dengan sistematik dan efficiency sangat. Haaah. Haruslah ada ilmu ini supaya para pembaca setia korang alert dengan entry baru korang selain share kat Facebbok / Twitter / dashboard blogger oke..


Cara Share Blog / Entry Baru dengan Google+ :
1) Share secara umum (public) di akaun Google+ masing-masing.
Kalau sesiapa yang ada akaun Google+, automatik lepas publish je entry baru akan keluar pop up macam bawah ni, share secara public, dan tekan button share. Cara share macam ni akan dilihat oleh sesiapa je yang add korang dalam circle depa. Atau yang follow korang di Google+ la...


2) Control your share di Google+.
Maknanya korang boleh control lah korang nak share dengan circle yang korang follow je ke, semua orang yang dalm circle korang je ke atau antara cicrle orang yang follow korang. Haa faham? Everyone can see your post man... Publisiti, publisiti! Hahah. Yang nih highly recommended. Gitu...


3) Browse people.
Korang boleh jugak share dengan cara browse people. Motif nak kawan-kawan korang yang rapat je tahu entry terbaru korang. Emm maybe. Suka hati korang lah kan. Akaun masing-masing. Klik je pada simbol gambar tambah orang tuh. Dan taip jelah nama kawan korang. Cam tu je...
 

4) Share among komuiniti blog yang korang join di Google+.
Kiranya macam groups-groups yang korang join kat facebook lah. Kalau di Google+ saya ada join +Malaysian Bloggers , dan dua tiga group komuniti blog lain. Korang boleh directly share kat group macam gambar gajah bawah nih.




Saya selalu share cara nombor dua dan empat. Tapi tolong lah paham jangan nak private sangat akaun Google+ korang. Kalau takde blog takpela. Tapi yang ada blog, siap rajin blogwalking lagi, yang hangpa pi private sape suruh. Jangan tak tahu kenapa orang tak mai blog korang haa sebab ni lah.

Kalau nak private jugak, suka hatilah. Private kan sekali blog korang. Cara nak tahu korang ada setting private Google+ ke tak? Refer entry kak Nieyxzha nih...

Oh sebenarnya penting tau nak update entry baru ke Google+ korang sebabnya, bila blogwalking, readers akan refer post kat akaun Google+ korang. Jangan biarkan readers tercari-cari entry baru dan link blog korang. Hargailah readers anda. (Tiba-tiba).




Ps :: Ish gigih gila gua taip entry nih untuk korang alert...

10 Tanda-tanda Korang Dah Gemuk !

$
0
0
Assalammualaikum,

Tanda-tanda yang korang nih dah gemuk? Atau bahasa sedapnya, berat badan bertambah. Mesti streesss kan kalau berat badan naik. Lebih-lebih lagi orang perempuan nih. Isk isk isk...

Google. Dah macam ni baru tersedar kan ermm..


10 Tanda-tanda Korang Dah Gemuk:

1) Korang akan rasalebihan ketulan di bahagian badan diri sendiri. Bila tengah rileks-rileks menonton Rindu Bertamu di Abu Dhabi, terasa perut terjojol keluar dan sedap diletak picit tv atau teh tarik atas perut sendiri. Erti kata lain korang dah boroi..

2) Bila berjalan di Danok, Selatan Thailand,, betis berselisih dengan betis. Ada geseran antara betis kiri dan betis kanan. Lepastu baru korang sedar, betis semakin berkembang! (nih la sumber alert saya huhu)

3) Asyik nak makan makan makan. Bila dah tersedar korang terlebih makan, korang akan feeling macam ni..., 'Ehh banyaknyee aku makannn!!?

4) Jalan berlari atau jogging dalam beberapa minit je dah terasa mengah gila.

5) Terasa malasnak angkat punggung. Nak bergerak dari satu tempat ke suatu tempat pun rasa malas. Walaupun jaraknya hanya beza 3 depa camtu... (Eh ni orang pemalas nih..!)

6) Kawan korang akan tegur korang gemuk. Dan korang akan memperlekehkan pandangan kawan korang tuh dan beriya tak nak mengaku korang gemuk. Kawan adalah cermin sejati korang tau...

7) Bila lalu depan kedai Takasima ke Ogawa ke, akak promoter akan panggil korang untuk cuba mesin exercise yang terbaik untuk korang test. Lalu korang jalan laju-laju dari promoter naif tersebut... 'Eh aku kurus oke...'

8) Seluar atau baju korang semakinmengecil. Sebenarnya sah korang semakin membesar. Lepas tu terasa nak pergi shopping baju lain. Membazirnya korang nih...!


9) Pakwe atau makwe korang mintak clash... Hahah..


10) Tak muat pakai baju peplum ready made bagi si gadis... Sadisnye... Makkkkk...!



Bagi mereka yang berbadan gempal, ayuh bersenam demi kesihatan pada masa hadapan dan kehidupan bahagia yang bebas penyakit. Harus tau sebab nanti kita malas, cepat letih, stress, manja terlebih, gedik. (Eh?) Saya kalau badan naik sikit mulalah rasa berat punggung. Bukan nak cantik langsing pon, tapi kesihatan, ya kesihatan..ya ya..

Ayuh rakyat Malaysia, mari amalkan pemakanan yang sihat dengat oat. Harus!!



Blogger Pulau Pinang

$
0
0

Tanggal 24 Oktober 1988 lahirlah seorang bayi perempuan yang atototo tomey-tomeynya. Kecik-kecik lagi wajahnya dah persis Preitty Zienta (how to spell?). Saja bagi hat hover punya perbandingan. Hakikatnya bayi ini tiada lesung pipit manis di pipi. Namun semua ahli masyarakat waktu itu gembira dengan kelahiran beliau. Happy intro...huhu..

Sedang dalam proses kelahiran sehinggalah dalam berusia 5 tahun, sepatah hape pun dia tak dapat ingat memori kebangkitannya sebagai budak baru nak berjalan, ketawa, dan semuanyalah. Puas dikorek memori serebrum ke sereblum dia ke...entah...persetankan..



Oh rupanya budak perempuan atototo (sambung sendirik) nih lahir di Pulau Pinang (Penang). Haa lihat saja buktinya di atas. Lahir saja di Penang, tapi sepatah kuturunan mahupun adat istiadat, budaya, kronologi pembangunan Penang tak pernah di ambil peduli. Patutlah, keluarga belah ibunya hanyalah anak rantau dari Perak ke Penang. Versi cucu-cucu saja yang keluaran Penang...

Penang...Penang...walau hanya waktu tempoh berpantang dan setiap kali raya saja kita berpaut, namun darah masyarakat Penang terasa mengalir di tubuh ini... Bendera Penang ada pokok kelapa... Teringat kat Marsha Milan Londoh. Oh tertengok AF pulak dulu-dulu... Lepas Google baru tahu sebanarnya pohon pinang, bukan pokok kelapa! Hahah. Buang daerah! Nasib baik sempat Google!

Sapa tatau si debab nihhh


xila :: Im proud to be Penangian, Malaysian, berpaksikan Bumi, dunia pinjaman Allah. Syukur.

Koleksi Lagu Loghat Negeri Sembilan

$
0
0
Assalammualaikum,

Selain loghat negeri Sabah, Utara Malaysia, Timur Malaysia, negeri Negeri Sembilan merupakan feveret loghat den. Kalau Melaka, Johor, Sarawak, tak berapa nak expert dan terdedah dengan loghatnya. Tahu hawaww, lahabaww, kamek, kitak, zapin je gheti. Maaflah loghat Perak den tak gemor walaupun duduk Perak. Wakakaka *larikkkkk

Koleksi Lagu Loghat Negeri Sembilan :


Blues Gang - Apo nak dikato


Rafidah Ibrahim feat Dato' AC Mizal & Stellar Band - Apo kono eh jang 2012


W.A.R.I.S - Rembau most wanted


Lirik Rembau Most wantedsumber

I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12

Mari mengenal bendera Negeri Sembilan



Saje nak highlight Rembau most wanted. Walaupun den takdo kono mongono dongan Nogori Sembilan, tapi terasa emm emm semangat 1 Malaysia. Huhui. Nanti den lotak koleksi loghat Perok yaww. Yang penting lagu doghian by Mr. os... Ok ok fine teringat gigi dia. Kbai..


Ps :: Selasa yaww yaww...tiba-tiba.

Kutuk Jejari Runcing? | WW

$
0
0
Assalammualaikum,


Ramai nau cari jejari runcing kat blog ni. Tapi fikirkan balik macam scary jugak. Pernah ke blog ni post yang tak elok pasal jejari runcing? Atau memuji barangkali? Last time pernah sebut-sebut pasal jejari runcing dalam [ENTRY] ni.

Cuak lah gak sebab jejari runcing kan tak suka orang dok sebut-sebut dia. Eh? Larikkk..





Ps :: Wordless wednesday sangat...

Perbezaan Personal Google Profile (Google+) dengann Google+ Page | Laman Sosial Baru Google

$
0
0
Assalammualaikum,

Rasanya ramai yang tak tahu lagi kan tentang akaun Personal Google Profile (Google+). Sebabnya ada antara blogger yang belum kemas kini profile Google + pon kat blog dorang. An an an...

Perbezaan Personal Google Profile (Google+) dengan Google+ Page? Macam pening je nak terangkan sebab tuan punya blog pon terasa pening lalat la ni... Banyak sangat akaun laman sosial. Tapi dah namanya blogger, haruslah tahu jugak sikit-sikit tentang dua benda nih.


1) Personal Google Profile (Google+)
Yang ni fungsinya macam akaun personal Facebook. Korang boleh share entry baru korang dengan Google + dengan memastikan entry baru akan diterima oleh semua notification dalam circle korang. Refer [entry ini] untuk tahu cara nak sharelebih lanjut. Jangan tak tahu Google+ pun ada hashtag-hashtag nih. Kiranya Google+ nih kacukan facebook dan twitter. Ceh buat pening kepala je. Huhu..




2) Google+ Page
Yang ni pulak fungsinya macam fanpage Facebooklah. Adoyai nya pon, dah terbuat dulu, makanya kena teruskan jelah. Tapi tak perlu pun takpe. Cis. Sayang pulak nak delete.Sama je macam akaun personal Google+, boleh share blog juga.... Goole+ Page nih artis je kot sesuai buat... Ermmm k fine..




Ps :: Dah tuh apa lagi, jangan lupa follow dan tekan G+ semua yang ada kat blog ini oke. ^^

Permulaan Awesome, Doaku & Amalan Terbaik di Hari Jumaat

$
0
0
Assalammualaikum,

Marilah follow twitter kami. ewah-ewah


Wah wah rasa semangat tulang temulang ini di pagi jumaat dan permulaan March yang cukup awesome. Terima kasih Allah kerana beri peluang hidup sekali lagi. Alhamdulillah...

Hari ni sebenarnya mula kerja baru. Entry nih pon sebenarnya autopublish. Kihkih. Gigih nak publish jugak sebab nak beritahu korang pepagi gini. Seperaise tak? Hahah. Teruja sebab ada sinar baru di hari Jumaat dan di bulan yang baru. Harap hidup kita semua diberkati-Nya setiap saat... Aminnn..

Amalan awesome di hari Jumaat :
1) Memperbanyakkan amalan bersedeqah
2) Potong kuku.
3) Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw

4) Membaca Surah Al-Kahfi

5) Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat

6) Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.

7) Memperbanyakkan membaca Al-Quran

8) Memperbanyakkan amalan sunat

9) Memotong kuku kaki dan tangan

10) Memperbanyakkan zikrullah

11) Memakai pakaian sunnah

12) Memakai wangi-wangian

13) Hadir awal ke masjid
Ps :: Kita nak buat giveaway. Malam kang tepat 9 malam heheheheh.. Harap korang support. Ngee..


Review Filem : Rockk Oo Memang Rock

$
0
0
Assalammualaikum,

Sabtu lepas kami dating dengan blogger ipoh. Tak cadang pon nak ajak jumpa sebab ai nih pemalu giler orangnya. OK fine. Tapi terbaca komen-komen filem Rock Oo kat twitter, dan secara spontan ajak blogger ipoh sorang nih nengok Rock Oo... Serius rasa tak membazir 14 hengget tuh... Tapi sedang kita berseronok jangan lupa doakan Sabah, Malaysia ya...



Sinopsis Rock Oo

Filem Rock OO - Rimba Bara Kembali adalah kesinambungan filem Rock (2005) yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Kumpulan Rock Rimba Bara telah berpecah dan berazam untuk bersatu semula. Amy Mat Piah (Que Haidar) menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi utama Rimba Bara dengan semangat "Pantang anak petani moden mengundur kalah". Rimba Bara telah ke Kuala Lumpur untuk memulakan semangat baru. Pelbagai pengalaman pahit manis suka duka yang terpaksa dilalui dan akhirnya Rimba Bara berjaya menempa nama di arena rock tanah air.

*****

Last time tengok wayang melayu kat panggung tahun berapa entah tengok Filem Karak yang bodoh gila tuh. Teman kawan nak tengok sangat kot masa tuh. Rock Oo best giler sebab sengal dia lain macam. Ada pengajaran jugak lah. Antaranya yang den paham, sifat setia kawan (maybe) dan perjuangan okeh. Perjuangan. Huraikan... (15 markah)

Scene paling best (randomly tau, tak ingat sangat) :
- Amy Mat Piah nyanyi ramai-ramai lagu Teratai Bunga Indah.
- Slash tiba-tiba suruh awek dia berambus, tapi dalam bus kemain leleh ayaq mata menangis...
- Part dorang berendam dalam air. Motif?
- Jijoe main dengan kucing. Macam nak sekeh je dia..
- Dan banyak lagi. Macam kena repeat tengok. Mohon sape-sape belanje uhukk

Walaupun tak dan nak rasa zaman rock, tapi dengan tengok filem nih tahulah sikit-sikt perasaan rockers-rockers zaman dulu. Banyak tentangan bila rock dijajah zaman tuh. Konflik akidah la, identiti lah, adab lah...bla bla bla korang kena tengok woohhh...


Gigih cari lagu nih kat korang. First time dengar hahah.



Ps :: Nanti den ado maso den gi spotcheck Giveaway Blog Dear Xila tuh. Jemput join bagi yang belum ya. Hehe. Ya Allah lindungilah Sabah, Malaysia... Takziah buat mangsa perajurit tanah air...

Selamatkan Krisis di Sabah, Malaysia (PrayForSabah)

$
0
0

Bersama-sama kita doakan keselamatan pejuang tanah air dan semua penduduk Sabah, Malaysia dan Dunia! We want aman!


Baru kaji peta Sabah haa


Tak tahu kenapa suka Sabah. Teringin nak gi jenguk rumah orang atas air tu.. Kaum bajau eh? Snorkelling kat laut biru ala-ala hijau, emm emm automatik teringat jugak dekat orang hutan dan lembu new zealand. Hehe.


Aku mahu sangat bah panjat ini Gunung Kinabalu. Yukkkk




Ps :: Alfatihah untuk perajurit yang terkorban....

Semalam Tanpamu - Stacy feat KRU

$
0
0

Semalam Tanpamu - Stacy feat Kru


Lirik Semalam Tanpamu
Entah kenapa aku tak tahu
Diriku buntu tak lena tidur
Oh semalaman aku gelisah
Kiri ke kanan tak tentu arah

Bridge:
Mungkin kerana kau tiada
Untuk menemani mimpiku
Mungkin ku sudah tiada
Punca bila kau menjauh

Chorus:
Sepagi diriku mampu merana
Rindu masih belum menyentuh
Sepetang pun tidak mengapa
Andainya engkau tak bersamaku
Sesenja ku masih kukuh
Kerana kawalan ku masih teguh
Tapi jangan sekali diriku diuji
Dengan penyeksaan semalam tanpamu

Aku menanti saat kembali
Kita berdua saling berdamping
Jangan leretkan kegelisahan
Tanpamu hidupku kesepian

[Bridge]

[Chorus]

Aku tak tahan lagi
Hanyut bersendiri
Segeralah kau mengisi mimpi-mimpiku

Kejam kejam
Hukuman yang kejam
Ku meracau dari siang ke malam
Terasakan duniaku statik
Perlukanmu untuk perubahan drastik
Janakan magismu
Pukau ku dengan pesonamu
Jangan kejam biar ku sebegini
Mengidam kasihmu sepanjang hari

[Chorus]



Ok suka lagu nih. Rasanya energy bertambah tiba-tiba bila dengar lagu baru KRU dengan Stacy nih. Propa noh. Siapa tak tengok lagi Rock Oo? Haruslah tengok kome... Disampig tu, keep praying for people and state in  Lahat Datu, Sabah, Malaysia, dan keamaan seluruh dunia.


Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet Full Movie di Youtube

$
0
0
Assalammualaium,



Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet - Hatu Kak Limah 2.



Sinopsis Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet - Hatu Kak Limah 2.

Sekarang tengah layan movie ni, Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet Full Movie di Youtube. Cepat-cepat sebelum Youtube mengamuk. Kuikui. Rasa macam tak berapa berkenan nak tengok sebab macam tak best je hahahahah. Kita kasi layan sekejap dulu... Tapi banyak-banyak filem Mamat Khalid, den raso Rock & Rock Oo je yang menjadi. Kbai..






Ps :: Salam jumaat semua..

Senarai peserta Giveaway Blog Dear Xila

$
0
0
Assalammualaikum,

Berikut merupakan senarai peserta Giveaway Blog Dear Xila. Kepada semua peserta, sila semak kot-kot link korang tertinggal ke kan. Mana yang tertinggal atau broken link ke, sila habaq kat ruangan komen ataupun pm kat Facebook Blog Dear Xila.

Senarai peserta :
1. http://celiktapikabur.blogspot.com/2013/03/02-mac-2013-giveaway-blog-dear-xila.html
2. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
3. http://coretanku-anismasrina.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
4. http://kecikyangkepoh95.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
5. http://zatiscollection.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
6. http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
7. http://anisforeveralone.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
8. http://aindonashi.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
9. http://affy-martin.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
10. http://dearbelog.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

11. http://namikohoney.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
12. http://www.kanvasdakwat.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
13. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
14. http://aennpunyerbelog.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
15. http://kittyikin.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
16. http://eydaamandaii.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
17. http://umikasum.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
18. http://iloveyoumamat.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
19. http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
20. http://mininominomi.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

21. http://www.cikfie.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
22. http://ohthrillers.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
23. http://macune.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
24. http://sns-sitinur.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
25. http://watasin.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
26. http://gadisjohorberkacamata.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
27. http://thesitesaya.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
28. http://everybloghavetheirownstory.blogspot.com/2013/03/current-chapter-giveaway-blog-dear-xila.html
29. http://afikasyafrizon.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
30. http://ceritaceritaeirayusoff.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

31. http://kisahhatiaida.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
32. http://aireynhistorylife.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
33. http://aressazman.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
34. http://sweetestsmileforyou.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
35. http://fiqansz.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
36. http://www.nurulazieyan.my/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
37. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
38. http://www.fatindiana.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
39. http://theonlydaughteroflee.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
40. http://sitinggistory.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

41. http://musicloveanisa.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
42. http://husnahamizan.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
43. http://ilovecontestandgiveaway.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
44. http://sofyanah.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
45. http://aidalor.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
46. http://zaliakitty.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
47. http://cheekychoc10.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
48. http://thetyprwriter.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
49. http://husnahamizan.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
50. http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

51. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
52. http://thedreamgoddess.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
53. http://amira-akmalina.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
54.http://madihahdaisy.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila_6.html
55. http://supernaddyss.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
56. http://supernaddyss.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
57. http://caeshashi.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
58. http://justforcontest.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
59. http://aku-dan-giveaway.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
60. http://myrahthesamuraii.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

61. http://theieraziera.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
62. http://whenspongebobmeetpatrick.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
63. http://shuhaidasaad.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
64. http://nanitheawesome.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
65. http://itsnanastory.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
66. http://miwaapandaii.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html join!
67. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
68. http://www.suterakasihyann.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
69. http://sillylifediaries.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
70. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

71. http://eyraofficial.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
72. http://sha-na39.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
73. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
74. http://farhanahadzlan2.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
75. http://allsuhanamoments.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
76. http://ladyfirm.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
77. http://whenmyhandsmeetthekeybroad.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila_12.html
78. http://good-night-little-star.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
79. http://ruledbyai.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
80. http://walkstatic.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

81. http://sillylifediaries.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
82. http://syafiqishere.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
83. http://flooveez.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila_15.html
84. http://www.mayesa-jcb.my/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
85. http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
86. http://flowerpowerme.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
87. http://indahsutera0605.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
88. http://fatinajwazman.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
89. http://kakijoin.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
90. http://www.cahayapermata.my/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

91. http://movedonxx.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
92. http://randomtalking123.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
93. http://acepuih.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
94. http://tiefiqs34.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-by-xila.html
95. http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
96. http://taufikmaria.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
97. http://belogsaye-echa.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
98. http://kisahsikacamata.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
99. http://dramaticyang.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
100. http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

101. http://blogmenang.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
102. http://cikgadisfantasy.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
103. http://cikgadisfantasy.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
104. http://nooramyma.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila_20.html
105. http://beyondtotheinfinity.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
106. http://kesahsigadis.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
107. http://ashriefamily.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
108. http://iamaspmfighter.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
109. http://mellifluouss.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
110. http://mimifaziana.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

111. http://iema90.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
112. http://msvelentine.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
113. http://ikajohans.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
114. http://nursyazana26.blogspot.com/2013/03/assalamualaikum-klik-banner-hadiah.html
115. http://malihah-dan-giveaway.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
116. http://kembarber4.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
117. http://gadis-hijau.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
118. http://diaryismah.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
119. http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
120. http://solehahkahaku.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

121. http://dianaazisworld.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
122. http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
123. http://cerita-aremira.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
124. http://nurazrinavsdia.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
125. http://diariaida.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
126. http://thepureheartoftheemptysoul.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
127. http://snowberryy.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
128. http://imaneeda.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
129. http://sangkot24.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
130. http://www.diarisifroggie.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html

131. http://bondaqalish.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
132. http://izzam4eva.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
133. http://angelazimma.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html
134. http://bloghaku700.blogspot.com/2013/03/giveaway-blog-dear-xila.html


















 Terima kasih semua kerana sudi join. Teeheee


Viewing all 118 articles
Browse latest View live